Tuesday 12 November 2013

Ikan GolekTerengganu

Assalamualaikum..
Hari ni kita nak kongsi resepi masakan Terengganu pulak .

Ikan Golek

Bahan-bahan
  4  ekor ikan kembong
  1 biji kelapa (santan)
  4 biji bawang merah { dikisar}
  2 ulas bawang putih  { dikisar}
  1 sudu cili boh
   sedikit halia              {dikisar}

Cara membuatnya

Panaskan santan pekat ke dalam periuk dengan api yang tidak terlalu besar. Kemudian masukkan bahan-bahan bahan yang dikisar berserta dengan cili boh. Hendaklah sentiasa kacau kuah tadi hingga menjadi pekat.

Sementara itu, bakar ikan dengan menggunakan dapur arang untuk menambah kesedapannya. Tuangkan kuah santan tadi ke atas ikan sedikit-demi sedikit untuk membangkitkan aromanya.Setelah ikan hampir masak, terbalikkan ikan, dan tuang kuah santan tadi di bahagian tersebut. Ulang langkah tersebut sampai ikan masak.

Masukkan ikan ke dalam kuah apabila dihidangkan.

 

Sunday 10 November 2013

Kerabu Mangga ala Terengganu

Kerabu Mangga ala Terengganu

Bahan-bahan..


 1 biji Mangga ( diracik halus}
 1 labu Bawang Besar {dimayang}
 2 Biji Cili Besar { dimayang}
 2 Biji Cili Api { dimayang}
 1 Batang Serai { dimayang}
 1 Biji Tomato { dipotong dadu}
    Udang Kering
    Kacang Tanah {digoreng & Ditumbuk}
    Garam
    Gula

Cara membuatnya

Goreng udang kering dan kacang tanah tanpa minyak . Selepas itu, kisar kedua-dua bahan tersebut. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk dan gaul sampai rata. Masukkan garam dan gula untuk menyeimbangkan rasa. Selamat mencuba.

Masak Lemak Cili Padi perrrggh...sodapp

Assalamualaikum..
Tengah buat pe tu? Mesti tengah fikir nak masak ape kan hari ni. Semalam tekak kite ni ni terasa nak makan ketam masak lemak cili padi ala masakan mak kite. So, hari ni kite kongsikan resepi yang buat tu.

Ketam Masak Lemak Cili Padi.

Bahan-bahan:

4 ekor ketam
Semangkuk Santan
2 Mangkuk santan cair
5 biji cili api ( kalau suka pedah, boleh tambah) } dikisar
kunyit hidup (besar ibu jari)                               } dikisar
2 biji bawang merah                                         }  dikisar
2 biji bawang putih                                           }  dikisar
1 keping asam keping
2 batang serai } dititik
daun kunyit
gula
garam

Cara Membuatnya

Masukkan santan pekat dan bahan yang dikisar ke dalam periuk yang telah dipanaskan. Kemudian masukkan serai yang telah dititik ke dalam periuk bersama dengan asam keping dan hirisan daun kunyit. Santan hendaklah sentiasa dikacau untuk mengelakkan pecah lemah. Apabila santan telah mendidih, masukkan santan cair. Masukkan sedikit garam dan gula untuk  menyeimbangkan rasa. Biarkan beberapa minit. Sedia untuk di hidang.Selamat menjamu selera